Selasa, 14 Juni 2011

keistimewaan Wanita Shaleh

Semoga artikel ini dapat bermanfaat untuk anda para wanita muslimah. Amin...
Ini di antaranya sedikit keistimewaan yg Allah berikan kepada wanita shalehah:
  • Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki karna sifat penyayang yg lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  • Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya
    seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan
    orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas
    tubuhnya.
  • Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke
    rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
    bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
    memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
  • Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan
    kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada
    hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa
    Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku
    mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia
    bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman
    dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti
    darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada
    Allah selama haidhnya.
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
  • Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
    perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
    bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
    penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah
    syurga. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
    daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
    maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  • Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
    pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
    mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
    udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
    baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
  • Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
    siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda,
  • "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah
    s.a.w. "Ibunya".
  • Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa
    wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada
    suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia
    kehendaki.
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
    s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
    s.w.t.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
    dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  • Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu derajat untuknya.
  • Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
  • Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
  • Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  • Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  • Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  • Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
  • Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
  • Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
  • "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
  • "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
  • "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
  • "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
  • "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Cari Blog Ini